![]() |
| @ Polonia Airport, Medan |
![]() |
| Sampai je terus bergambar |
Kami tak gi tempat tuntutan bagasi sebab mmg galas beg sekolah je satu sorang. hehe.. kat airport ni banyak yang tawarkan 'nak tolong' angkat barang.. tak payah layan sebab tu seme kena bayar.
Keluar je pintu ketibaan, ramai offer teksi. Mulanya tanya gak harga teksi dari airport ke hotel. Hotel yang kami book, kami pun tak tahu kat mana. Booking kat agoda je. Nama hotel tu Grand Sakura Hotel. Orang teksi kata Rp60,000. Kira² balik, dalam RM20. Kira ok la harga teksi airport kan? Tapi kami tak ambil teksi tu. Kami jalan kaki sikit keluar dari kawasan pagar airport, nampak 1 Petronas. Kat petronas tu tak jual minyak pun, tempat teksi parking. Tak tahu la sama ada baru nak siap atau memang tak beroperasi. Ada teksi offer Rp35,000 je. dekat separuh harga tu. Terus ambil teksi tu.
Kat airport tu tak ada money changer. Agak pelik. Minta teksi tu bawakan ke money changer dulu baru ke hotel. Dia charge tambahan Rp15,000. Sampai kat money changer, driver terus masuk dalam tu sebelum kami sempat turun. Rupanya dia gi ejas harga dulu ngan tokey kedai tu. Kami dapat rate RM1 = Rp3070.
Ok lah banding tukar kat KL dapat Rp2770 je.
![]() |
| Sebelum Check in, bergambar dulu |
Hotel Grand Sakura ni hotel 3 bintang kat Medan. Dalam 15 minit dari airport dan 3km dari pusat bandar medan. Masa tempah kat Agoda tu, dapat rate promosi dalam RM100 je satu malam. Hotel ni 4 tingat je tapi dalaman dia cantik dan menarik. Paling boleh dipuji, layanan pekerja hotel dia amat mesra pelanggan.
Semasa check-in, kami dimaklumkan bilik Deluxe yang kami tempat tak ada sebab renovasi. Pihak hotel bagi upgrade ke Executive tanpa perlu bayar apa-apa. Memang untung.
![]() |
| Berkenan dengan rak tv dia |
![]() |
| Teruja bilik luas |
Tips untuk yang nak menginap bdi hotel ni:
1. Kena sediakan Rp.150,000 tunai untuk deposit. Credit card tak boleh.
2. Kena bawa international socket adaptor sebab socket plug dia pakai jenis yang 2 lubang kecil tu.
3. Hotel ni tak ada seterika. Better beli atau bawa sendiri punya. Hantar press kat dobi dia, mahal.
![]() |
| Kalau lupa bawa berus gigi, hotel ni dah sediakan |
Kami check-in area pukul 7 malam waktu sana. So tak ada aktiviti sangat. Kami keluar dari hotel untuk cari kedai makan. Bila keluar je terus disapa oleh staff hotel, tanya hendak kemana. Dia cadangkan masakan padang, masakan minang yang dekat ngan hotel. Kami jalan kaki je, pilih kedai-kedai yang ada sekita hotel tu. Makan kat 1 kedai masakan minang ni. kedai macam warung je, tapi layanan mmg terbaik. Dia hidang makanan siap ngan air basuh tangan kat kami. Suami makan nasi campur, saya makan mee goreng. Air Teh O' Ais. Total Rp21,000 je. Sama dengan RM7 lebih je. Memang murah.
Teh o' ais kat sini diorang panggil Manis Dingin. Besar kan ais dia? Nak gigit pun tak ut. hehehe.. Lepas makan terus balik tidur.. Simpan tenaga untuk esok.
to be continue.......






